--------------- || ---------------


11 May 2020

#MovementControlOrder (D55)


18 Ramadhan 1441H. Semalam TSMY @muhyiddinyassin_official dah umumkan yang CMCO/PKPB dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020 (sebulan lagi hoi!). Sehubungan itu, rentas negeri masih tidak dibenarkan. Makanya tiadalah berhari raya di kampung halaman sendiri. 😭

Sedih? Mestilah. Sedih sangat. Lagipun tahun ini giliran #teamrayajohor namun apakan daya, situasi semasa negara tidak mengizinkan. Tiada kuih raya untuk emak. Tiada konvoi raya rumah saudara mara. Tiada duit raya untuk semua juga. Oh sedihnya... *menangis dalam hati 🥺

10 May 2020

#MovementControlOrder (D54)


17 Ramadhan 1441H. Happy mother's day untuk emak yang paling disayangi dunia akhirat. Semoga Allah swt melimpahkan segala rahmatNya buat emak, diberikan emak kesihatan yang sebaik²nya & sentiasa menggembirakan hati emak walaupun tahun ini kakak tak dapat balik beraya giliran teamrayajohor sobs sobs 😭 

Happy mother's day juga buat mama @n.fikriah , mami @i.am.aiemy & semua emak ibu mama mami umi bonda mom amma omma (ada lagi?) di mana jua anda berada. Semoga yang baik² saja buat semua. 🎉🎉🎉

09 May 2020

#MovementControlOrder (D53)


16 Ramadhan 1441H. Suami beritahu outlet #tealive di petronas dah dibuka semula. Ya ampunnn seronoknya rasa. Lama hoi tak dapat! #chikmakan